Sunday, 9 October 2011

Gambaran hari kimat~ Wajib baca ! Muhasabahkan diri kita .


Kiamat itu 10x lebih dasyat dari gambaran manusia


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org






Pheonix


aku masih lagi bernafas,
aku masih tak duli kebas,
lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati,

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun,
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun,
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu,
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu,

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini,
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati,
ku sentiasa kembali,
walau dibagi api,
walau terhancur diri,
tetap ku gagah berdiri,

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai,
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi,
lagi kau pedang aku,
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku,
lagi kebal rusukku,

aku masih lagi bernafas,
aku masih tak duli kebas,
lihat aku yang tetap bangun kembali,
kakimu tak cukup buat aku mati,

aku masih bernafas dan aku takkan lemas,
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas,
namun aku dibenci,dihina dan dimaki,
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti,

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai,
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati,
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi,
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi,

my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat,
the wound is getting deeper my blood is getting thicker,
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away,
my phoenix will be by my side you gotta step aside!,

aku masih lagi bernafas,
aku masih tak duli kebas,
lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati ,

mungkin sebenarnya... ku mahu percaya,
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata,
mungkin satu masa ... setiap setia,
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya,

everybody cursed me cuz i got no loyalty,
it was you all along been cheating on me,
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife,
if that's what you want it come on give it a try!

you dead wrong if you think my phoenix gonna die,
i'm still standing right here waving you good bye,
all these years all the pain and the suffer i take,
every breath you take you gonna regret when you're dead!!

Viewing lyrics for Phoenix Feat Fynn Jamal (radio edit)by EMC SHAZ.
Artists:
Emc Shaz (Flow Eazy) Featuring Fynn Jamal

Lyrics:
Emc Shaz and Fynn Jamal

Music:
Djey Ameyy

copyright protected:
Flow Eazy and Redeazy Studio'z

http://www.revernation.com/emcshaz
http://www.facebook.com/pages/lEMC-SHAZlOFFICIAL-PROFILE/129232734728
http://www.facebook.com/pages/fynn-jamal/108427339128
http://www.revernation.com/fynnjama






Friday, 7 October 2011

Mungkin anda kena game !! Kajian Mr.Hujan

Hyep....... Assalamualaikum W.B.T salam 1Malaysia dan salam 1bloggers...hahahha...

Entry kali nie panjang sikit, but korang kena baca sampai habis sebab ia terlalu menarik... Moh la kitew...

Pukul 2.15am semalam Mr.Hujan macam biasalah online la Fb... Dok sat kecoh plak dengan 1 gambar berkalimah Allah.. Sesiapa yang pandang kalimah Allah nie lebih daripada 10 saat dan terus melihat dinding.. Maka kalimah Allah akan terpancar dari dinding... Gambar nie haaa !!


CUBA TRY !!!







Lepas tu Mr.Hujan buat la analysis yang ala-ala persatuan doktor pakar mata sedunia nie... Then dpat la create satu gambar...Cuba kalian tengok btol2 pada titik tengah2... Lihat lebih dari 10 minint macam gambar atas...

Buat benda yang sama jugak..Try laa !!


Nah.. Sama kan??? 


Pantulan image dari dinding terjadi akibat silaun cahaya putih di tengah bulatan hitam... Cuba kalian tengok btol2... Nampak tak kat line bentuk tu kan seolah-olah terpancar??? So image yang timbul korang tengok tu akan ditransferkan ke dinding.. Nampak seolah-olah pantulan cahaya kan??? Sebab tu lah JPJ buat langkah keselamatan  jika ada lampu kenderaan dari arah bertentangan menyilau mata anda  pandang kearah tempat lain selamaaaaaaaaaaa???? 7 saatt...pandai adek-adek.... Tak percaya tengok la buku latihan JPJ.. Mr.Hujan taw lah sebab baru dapat 'L'... Top score lagi...jawapan sume btol..blagak gitu..ahhahaaaa

Pandai tak Mr.Hujan buat eksperimen????hehehhe.... Bukan nak belagak.. Mr.Hujan pun manusia biasa yang diciptakan dari tanah yang mana dipijak2 manusia sejak dari Nabi Adam a.s lg..huhu... Kita patut bersyukur kepada Allah kerana penglihatan kita masih jelas... Mr.Hujan saja buat buat eksperimen yang poyo mcm doktor pakar mata nie bukan nak mengugat kesahihan yang Allah itu Maha Berkuasa... Tapi Mr.Hujan saja lakukan eksperimen nie atas dasar suka mengkaji... Bak kata pepatah Islam "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China"...

Persoalanya... Kenapa pencipta gambar itu mesti menggunakan kalimah Allah???? Tiadakah perkataan lain yang harus digunakan???? Adakah gambar dicipta hanya untuk mempermainkan kita ??? Ataupun gambar dicipta untuk memuslihatkan Umat Islam yang kurang pengetahuan??? Ataupun gambar dicipta untuk orang kafir mudah berdebat dengan orang Islam dan berkata "hahhahahaha.. Umat Islam kamu mudah ditipu... Tidakkah engkau tahu kami yang sengaja mencipta gambar itu... Tidakkah engkau tahu itu ialah pantulan cahaya".... Dan mereka akan berkata yang orang Islam tidak berpengatahuan dan mudah ditipu...Lalu ajaran Rasulullah S.A.W akan dipersoalkan.... Pekara ini pernah berlaku dahulu dengan terciptanya suara orang seolah-olah terseksa di dalam kubur... Bukankah seksaan kubur itu ialah perkara ghaib??? Mana mungkin manusia normal seperti kita boleh merasainya... Dan tercipta pula satu kes dimana khubah masjid terbang di Indonesia...Khubah itu sebenarnya di angakat olah sebuah kren..... SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN  !!!

Kepada anda sebagai manusia yang berpendidikan... Janganlah anda mudah dipermainkan.. Gambar diatas memang menakjubkan tetapi ia adalah pekara biasa.. Mengapa anda tidak teruja dengan kejadian laut, ikan-ikan yang tak pernah habis di dasarnya???? bumi serta lain-lain lagi???? Befikirlah secara bijak dan jangan mudah ditipu... Andalah pembawa kemajuan sesebuah tamadun !!! Renungkan dan selamat beramal...

JANGAN JADI ORANG YANG MUDAH KENA GAME OI !!!!!!!

>berpeganglah pada al-Quran dan hadith baginda S.A.W... InsyaAllah engkau tidak akan sesat

Asslamualaikum W.B.T





Wednesday, 5 October 2011

Umat islam dihina... anda sedng dipermainkan .!

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1Malaysia...
Pernahkah anda melihat gambar ini???? Apakah reaksi anda???




Marah ??? Geram ???
  
Ok,..gambar diatas sangat menghina seluruh umat Islam di dunia.. Gambar seorang muslim sedang bersujud dan diatasnya melutut seorang pengganut agama kristian sedang berdoa kepada tuhannya.. Dan diatas lelaki itu berdirinya seorang paderi... Gambar diatas memang menghina umat islam... Mereka menggambarkan seolah-olah mereka mengawal seluruh umat islam...dan paderi sebagai ketua agama... Hasilnya mereka berjaya menciptakan kemarahan umat islam di atas perbuatan mereka itu... Mereka sengaja uploadkan gambar berunsur hinaan di laman-laman web social yang menjadi tarikan manusia kini... Contohnya Facebook, MySpace, Tagged dan sebagainya.... Akibatnya umat Islam marah dan ruang komen picture ini terus menjadi bahan untuk umat Islam terus melemparkan kata-kata kesat....

CONTOHNYA SEPERTI INI...
Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4
Gambar 5


Gambar diatas, di dalam bulatan merah menunjukan orang Islam sedng menunjukan sikap yang kurang sopan dengan melemparkan kata-kata kesat . Bukankah kita diajar Rasulullah untuk bersikap sopan??



Pernahkah anda sedar anda sedang dipermainkan???? Gambar ini sengaja diciptakan bagi membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam… Apabila marah apa yang akan terjadi??? Akibatnya sesetengah daripada umat Islam kini  mencarut, bermaki-makian atau melemparkan kata kesat…  Sedarkah anda kemarahan boleh menunjukan kelemahan kita sebagai muslim.. Dengan kata-kata kesat seperti ini mampu memberi tanggapan buruk  orang kafir kepada umat Islam… Bukankah kita sebagai khalifa di muka bumi ini harus menunjukan sikap yang baik supaya dapat menarik minat orang kafir untuk memeluk islam.. Bukan menghina atau menunjukkan sikap yang kita ini tidak bersivik.. !!!!!!!

Ada yang telah mendoakan kehancuran orang kafir..Ok…Pernahkah tak anda berfikir  kenapa kita dihina??? Kita dihina kerana sehingga kini masih banyak kelemahan yang ditunjukkan umat Islam. Oleh itu masyrakat kafir terus mengkaji dan menghina untuk meruntuhkan Islam…  Memang sudah dijanjikan Allah Islam tidak akan luput dari dunia sehingga akhir zaman.. Tahukah anda kita berada di zaman bila??? Kita berada di akhir zaman sekarang…  Apakah tindakan anda yang mengaku melafazkan kalimah “LAILAHAILLAH…MUHAMMADURASULULLAH” ???? Adakah anda akan terus maki melemparkan kata kesat???? Masa depan umat Islam bergantung pada diri anda sendiri….


Namun ada juga orang yang cuba menghentikan kemarahan umat Islam dengan menasihati dengan cara baik. Ingatlah kalian Rasulullah itu seorang yang bersopan santun dan teguh menerima cacian.. Beliau juga pernah di baling batu??? Adakah baginda S.A.W memaki hamun??? Baginda S.A.W hanya bersabar…
Ingatlah kalian Allah akan bersama dengan orang bersabar. Ubah la pemikiran kita yang mengaku bangsa Melayu Islam daripada sikap suka marah dan memaki hamun.. Ini bukan sifat kita... Ini sifat musuh kita syaitan laknatullah... Orang  kafir sentiasa memerhati kita… Tunjukkan lah sifat yang seperti yang telah ditunjukkan Rasulullah.. Ingatlah hadith baginda S.A.W yang  bermaksud “akan aku tinggalkan kamu 2 hartaku. Nescaya kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang kepadanya .. Peganglah pada al-Quran dal al-sunnah/hadith ku”….

Sama-sama lah kita mengubah diri kita untuk pekembangan Islam. Kita doakan agar Allah S.W.T memberi balasan setimpal kepada orang yang membuat patung itu… Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.. Berdoalah kalian agar Allah mempermudahkan kita untuk melalui jambatan usia sebelum dimatikan dengan kalimah “LAILAHAILLAH.. MUHAMADURASULULLAH”… Amin !!!

Assalamualaikum…

**(sebarkan nota ini untuk kita sama-sama memperbaiki kelemahan kota sebagai umat Islam.. Anda juga sedang berdakwah)










Tuesday, 4 October 2011

Miss u..

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh . salam 1Malaysia . salam 1Blogger ... Hehehehe...
Kenal tak pembuka bicara dari sapa nie???? hehheeh.. Ade lew.....!!!!
Hari nie mud aku macam taugeh kena cahaya matahari. Kecut ja... Mau taknya semalam kecik aty abis dengan my sayang... hahhah... Hubungan kami kini agak kurang mesra.. Pasai aku ada buat masalah apa x taw... Aku tanya takmau cakap... Bengang juga sampai aku kasaq dengan dia... Tapi , sory sayang nie la panggai saya sebebar... Sory taw  kalau saya brkasaq dengan awak.. Nie bukan diri saya.. Sebab tu saya mintak sngat-2 kat awak jangan buat saya marah...hmmm...

Hari nie sepatotnya aku ditugaskan jadi server restaurant milik kolej aku nie... Tapi, disebabkan muka aku ketat sangat hari nie,   nak senyum pun terpaksa.... so aku mintak la manager of the day tu tukaq aku jadi steaward atau dengan nama glamournya tukang basuh pinggan.. Penat kot.. Tapi aku hari nie takde mud nak layan orang... Sory to Kak Shima yang perasan peranagi aku lain hari nie...hehhehe..

Tapi kan shima, ko nak taw tak mud aku dah kembali separa ok sebab aku dapat ucapan Happy aniversary dari my Iman... Walaupun beliau nie pelupa.. Tapi beliau boleh ingat tarikh kami kapel??? nampak sangat beliau best kan??? Untunglah siapa jd Mr.Hujan nie... Iman i miss u tahap lintah yang rindukan darah nie.... Saya tunggu ja awak.... Saya tunggu ja telefon Iphone5 saya nie berbunyi then keluar nama Nuraqmal Iylia... Hmmhh..
saya akan tunggu awak lagi esok.... Saya rindu awak bto2i kot... Tapi ego awak kuat sangat.. Kuat slaju EGO gemok plat PJX.... Tapi saya dah janji dengan awak saya takkan contact awak selagi awak x contact saya dan cerita masalah awak dengan saya..

Hmmh.. sepanjang masa kita dok bergaduh nie awak jangn asyik on9 plak... Dah free nie study la... Jangan dok menghadap fb plak..huhu.. Blajaq rajin2..Jngn sampai say tegoq dulu baru awak nak study.... Jngan dok berangan pasal saya plak.. Boleh ?? Awak msti boleh punyer.... awak tak penah lawan ckp saya kan sebab awak nie gadis baik... Saya tahu..... Kita gaduh nie msti akan buat kita lagi matang dalam hubungan nie walaupun awak budak2...hahahha

Awak...!!! Cepatlah contact saya...Saya dah rindu giler ngn awak nie.... Saya nak jugak ucap Happy Aniversary kat awak....hhmmmm.... Tak tahan kot...Walaupun saya x online saya akan follow blog awak...saya kan peminat nombor satu.... hehehheh...jangan penah lupa saya taw... Ingat pesan saya study rajin2... Nie last bulan yang dekat skolah... Takyah dok berangan lagi.... Saya hanya mampu nasihat awak kat sini ja...
saya hanya mampu bagi pesanan kat sini ja... Macam surat menyurat kan??? Tapi mybe nie lagi sweet kot...
Sbb saya suka sume statement awak pasai saya kt blog...hehehe

Oh...blog lama awak dah boleh bukak kan???? Teringat saya zaman kita dulu2... tengok gambaq lama2...
ayat2 sweet awak tu...best sangat time dulu....B akan pastikan kita akan jd macam dulu balik... semalam mmber ada bukak lagu muhasabah cinta...saya ingat tu blog awak.... saya hepy :D... saya dah lupa awak dah tukaq lagu najwa latif...hehehe...

**/sory sayang kalu saya bersalah....harap awak ley call saya secepat mungkin...huhuhu...Bila saya pasang lagu how to love nie saya ingat awak....hehheh... Cepat call b...b Tunggu yang pujuk b...
Miss u darling...

>>>kalau sempat malam nie aku sambung cerita warna remaja...ASSALAMUALAIKUM...






Monday, 3 October 2011

nak kenal siapa aku !!!!!!!!!!!!!

Baguih...!!!! Sekarang dah ada 2 orang pulau aku... Wow ! hampa ada?? Sorang bila jumpa dok buat tarik muka...ingat aku nak pujok kot???? Sory der, aku kesah apa hang ada ka xdak kan??? Hidup aku ok ja.... Thanx sbb letih buat MUKA BURUK bila jumpa aku....Muka handsem bg jd buruk... Ingat aku nak layan???
Aku nie manusia bongkak la, takbur, sombong sume ada kat aku... Aku kesah apa???? Jangan sampai aku benci tengok muka hang...

Yang sorg lagi nie aku x ley gtaw...so special for me..hampa jangan dok kalut nak taw..nie masalah aku ngn dia...tapi hari nie aku mmg bengang abis...dah bg muka lama dah....tapi la nie dia lebih2 plak..aku tengok ja hang punya ego....sikit pun aku x komen aku layan ja....Tapi kali nie hang dah buata aku hilang sabaq dah...
Aku ...sory awk dah buat saya sakit hati.....awak nak rasa kan macam mana rasa terabaikan????
saya xkan contact awak sampai awak bagitaw apa maslah yang saya dah buat kat awak..!! awak selalu ragu2 pasai janji saya kat awak kan????tapi kali nie awak akan taw saya orang yang menepati janji ke x???
SAYA JANJI SAYA X AKAN CONTACT AWAK SAMPAI AWAK BAGITAW APA MASALAH SAYA..!!!
sory eeya....saya akan perhatikan awak jea..!!!..saya tetap sayang awak....

Mintak maaf kalau aku ada buat salah kat hampa atau luahan hat aku terlalu biadap..
hampa kena taw ini aku sebanaqnya!!!!

**mohon maaf dari lelaki mulut celaka....





Warna remaja (part 2)

Keesokan harinya, seperti biasa Mr.Hujan akan pergi ke kuliah... Pagi ini mood Mr. Hujan berlainan dari pagi sebelumnya.. Mana taknya Moto Yamaha Nauvo yang dihadiahkan ayahnya ketika hari jadinya 2 tahun lepas, terpaksa dibiarkan dirumah kerana tayar pancit...

"Hai lah moto, time aku nak kudakan kau nie lah tayar kau nak pancit... Tunggulah time Kak Nita yang naik.. Semalam time akak naik kau taknak buat hal..."

Mr.Hujan benggang.

"KAK NITA !!!!!!!!..... Jerkah Mr.Hujan..

"Akak pegi mane semalam??? Naik moto orang sampai tayar pancit.. Akak redah kebun kelapa sawit kew???

Tiba-tiba abah mencelah....

"Nie apa bising-bising nie??? Ingat kilang bata kew??? Nak bising jew waktu  pagi... Asal nak bising je mesti waktu pagi...takde waktu lain kew?? 

"Akak nie abah... Pegi mana ntah semalam sampai tayar moto  orang pancit nie... dah pinjam moto orang tu buat la cara pinjam."

"Ko nie nita..semalam ko pegi mana??? malam jew keluar...Hmmmhhh... Nie mesti jumpa si Ayie kan???

"Mane ade la Abah.."

"Ouh ko pegi jumpa Ayie ko kuda moto aku eq... Dengan minyak moto 'E' ... Hah ! tu ko buat muka comel ape tu???aku baling kasut nie kang....

"Blueerrrrrrrkkkkk !!!! .. Kak Nita jelir lidah dan terus berlari masuk bilik sambil ketawa....

"Tak padan dengan pendak ada hati nak baling kasut dekat akak????..hahahhahahhahah......"

"Tengok tu abah... Abah ketawa kecil...

"Dah la tu...tak payah nak bising-bising malu jiran dengar. Abah hantar ko nek keta jew la ary nie... Balik pandai-pandai ko lah naik bus rapid..."

Mr.Hujan ikut jew cakap abahnya tanpa membantah.. Ketika dalam perjalanan ke kuliah abah berborak dengan Mr.Hujan untuk mengetahui cerita tentang anak-anaknya...

"Kuliah macam mane????? Ok???"

"Boleh la abah... Cuma jadual jew padat sekarang... Biasalah student kan... Kena la biasakan diri..

"Ok... Ada buat study group tak??? 

"Ada la sikit-sikit study dengan Fyka dan Udin tu..."

"Fyka??? Kau dengan Fyka tu ada apa-apa kew????

"Hoit, kesitu plak abah nie..Kitorang kawan jea la.. Kami memang baik pun... Dah macam adik abang dah...

"Eleh..Yolah tu...Abah dengan mak kau kawan rapat gak dulu.. Macam Kakak adik jugak..."

"Kakak adik???" 

"Yolah mak kau kan lagi tua dari abah... Tapi perangai dia dari dulu tak penah berubah...
macam budak-budak... Sweet 17 la katakan...Sampai mak kau meninggal kami bahagia jugak..Siap dah ada anak 4 orang pun"
......Abah senyum....

Mak dari dulu memang sporting eq??? Patut mak dulu best jew... Untunglah abah dapat makwe sweet dulu...hahaahahahah..

"Cait ko nie.. Dah jadi mak kau dah pun, makwe amendanye....."

"Eleh, abah malu la tu...perli Mr.Hujan...
 "Tapi kan abah orang ada benda nak gitau abah nie..."

"Ape dye???"

"Nak mintak abah tambah elaun RM200 boleh????"

"Abah kau !!! Ingat aku chop duit??? Ingat casino genting tu aku punyer??? Dah sampai kolej dah nie..
Abah hantar kau sampai sini jew... Malas masuk dalam....Nanti susah keluar plak.."


Mr.Hujan keluar terus dari kereta Kia Citra milik ayah nya.... Kot ya pun tak sabar nak jumpa awex, salam la abah ko nie haaa... Sia-sia aku ajar kau dari kecik... Haish... Sedih mak kau tengok anak dia macam nie.....

"Sory la... Tak sengaja , orang lupa... Jangan la sebut pasal mak .. Tersentap mak dalam kubur...Abah nie...

Abah senyum terus pergi tinggalkan Mr.Hujan di pintu pagar kolej....

Ketika seronok Mr.Hujan jalan sambil layan mp3, dia melihat Fyka yang sedang duduk mengepit lutut di pondok berhampiran kolam ikan...

"Eh ! Fyyykaaaaaa...Sorang jew .... Mane Udin...."

Fyka yang menhadap kolam dari tadi berpaling ke arah Mr.Hujan...

"Fykaaa!!! Kenape ko nangis?????"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>BERSAMBUNG<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Watak perwatakan .
1. Mr.Hujan
2. Abah
3. Kak Ita
4. Fyka
   ** hari nie tiada watak jahat ditampilkan..

Lokasi
1. Rumah Mr.Hujan
2. Kereta.
3. Kolej.

*/// Thanks Miss Iman pulihkan semangat saya.. Saya dah x taw nak tulis apa.. Pasal msg dengan awak sebelum awak tido saya dah brsemangat nk sambung cerita Warna Remaja Part 2...
LOVE U SO MUCH SAYANG !!!...

Asslamualaikum dan selamt pagi alam yang indah !!!!