Saturday, 1 October 2011

bye bye bulan .. jumpa esok taw .. selamat pagi hari yang baru.. heeee!!!


Jika hari baru ku disambut bunyi pelepah kelapa yang menyembah bumi,
Jika hari baru ku disambut bunyi kepakan sang merpati,
Jika hari baru ku disambut bunyi geseran kasut budak-budak belari,
Jika hari baru ku disambut bunyi sang tiung bernyanyi,
  Jika hari baru ku disambut oleh si dewasa yang ingin keluar mencari rezeki,
Lebih sempurna hari baru ku jika ASSALAMUALAIKUM jadi pembuka bicara budi..

Jika mahalnya hari ini sebentuk nilam,
Jika mahalnya hari ini sebotol nisan,
Jika mahalnya hari ini wanita beriman,
Jika mahalnya hari ini adat seseorang,
Jika mahalnya hari ini orang berwawasan,
Jika mahalnya darjat kamu seperti sultan,
Buang lah sifat bongkak sombong mu,sedekahkan senyuman
Lebih mahal hidup ku jika senyum ku mampu menceriakan alam.

Selamat tinggal wahai sang purnama.
Yang tadi nya terang hilang kemana,
menuju kebarat megejar siapa,
mahu mecantikkan susana gelap malam manusia.

  Begitulah bulan...
secantik-cantik bulan dari manusia,
sebesar-besar bulan dari manusia,
bulan tidak pernah lupakan tanggungjawabnya,
kerna taat pada Yang-Esa..
sanggup bulan tidak tidur menyerikan malam kita...

Tetapi mana pergi kita yang bergelar manusia???
Yang diiktiraf makhluk yang tertinggi darjatnya???
Masih bergelora diarus ombak duniawi semata,
Berfoya-foya dengan lembah maksiat yang dicipta sendirinya...
Masih bergelumang dosa yang entah bila sampai nokhtahnya.

Sedarlah manusia !!!
sebelom bulan langsung menyepi,
Sebelum sang suria timbul disebelah barat,
Sebelum bumi kehausan di hari jumaat,
Sebelum dajal mengamuk..
sebelum turunnya Nabi Isa..
Sebelum datangnya Iman Mahadi..
Sebelum Al-fatihah hilang dari al-Quran,
sebelum Khaabah di runtuhkan..

Sedarlah wahai manusia ! sedarlah !! SEDARLAH !!!!! SEDARLAH !!!!

semakkan tentang TANGGUNGJAWAB mu !
Semakkan tentang AMALAN mu !
semakkan tentang SOLAT mu !
semakkan tentang PUASA mu !
semakkan tentang ZAKAT mu !
semakkan tentang TANGGUNGJAWAB HAJI KAMU DAN KEATAS KELUARGA MU !

sebebelum kamu mengisytiharkan "LAILAHAILALLAH" "MUHAMMADURASULULLAH"







1 comment: